Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO Islam gesa Pahang halang konsert 'gay'
Diterbitkan:  Oct 31, 2011 12:03 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang menuntut kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap bantahan pelbagai pihak terhadap konsert rock Elton John di Genting Highlands bulan depan.

Yang Dipertuanya Rushdan Abdul Halim berkata, konsert itu akan memberi kesan kepada sosiobudaya masyarakat setempat, terutama remaja Melayu Muslim.

NONE “Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ia akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan,” katanya.

Agensi berita antarabangsa AFP pada 25 Oktober lalu melaporkan, seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert yagn dijadual pada 22 November ini kerana didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Pendirian itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya parti Islam itu tidak meniru pendekatan kumpulan Taliban .

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Gaya hidup songsang

Manakala Setiausaha agung MCA Chai Kim Sen ( bawah ) pula berkata, PAS tidak henti-henti menimbulkan masalah dengan memberikan kenyataan yang tidak masuk akal .

Dalam kenyataannya hari ini, Rushdan berkata, oleh kerana Genting Highlands berada dalam negeri Pahang, sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada berlangsung.

“Sebagai umat Islam azlan yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang  berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurut beliau, kebebasan beragama kepada bukan Islam yang digariskan perlembagaan berkaitan upacara atau amalan agama, tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenetepikan semua nilai agama.

Beliau berkata, ISMA menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang dua kali selepas persembahan artis antarabangsa Adam Lambert tahun lalu.

“Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” kata Rushdan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS