Peserta dalam satu forum mengenai kesaksamaan gender menolak dakwaan bahawa ia menggalakkan nilai-nilai yang tidak selaras dengan Islam.

Walaupun menekankan bahawa kerajaan mesti memenuhi tuntutan atau tanggungjawab antarabangsa, namun menurut mereka, kumpulan itu tidak berniat untuk mencabar undang-undang keluarga Islam.

NONE Timbalan pengerusi Suruhajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Khaw Lake Tee berkata ini kerana kerajaan telah mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

"Saya tidak fikir ada isu (sama ada) kita harus atau tidak harus membincangkan (isu jantina), kerana kerajaan telah sendiri memberi jaminan untuk memenuhi obligasi perjanjian antarabangsa.

"Apabila negara telah membuat perakuan itu, ia mempunyai kewajipan untuk mematuhi dan melaksanakannya," katanya pada sidang akhbar sebelum permulaan perbincangan meja bulat tertutup mengenai Kesaksamaan Gender: Isu-isu Hak Wanita di Petaling Jaya pagi ini.

Sabtu lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menempelak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Empower kerana menganjurkan acara itu, Ia antara lain membincangkan isu berkaitan dengan hak-hak lesbian, biseksual dan transgender yang dianggap bertentangan Islam dan tidak sesuai dibincangkan.

[Baca berita penuh]