mk-logo
Berita
Bekas 'rakan tenis' Anwar dilantik senator esok
Diterbitkan:  Nov 1, 2011 9:04 AM
Dikemaskini: 11:41 AM

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

nallakarupan interview 231107 respond Ahli perniagaan itu merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Beliau pernah menjadi timbalan ketua pemuda MIC pada sekitar tahun 1980an.

Nallakaruppan ( kiri ) juga pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.

Selain Nallakaruppan, turut akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara, esok adalah ketua pemuda MCA Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini