Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
23 Disember tarikh keputusan kes Khir Toyo
Diterbitkan:  Nov 1, 2011 6:09 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Pihak pembelaan hari ini mengakhiri kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang diperintah membela diri atas tuduhan melakukan rasuah berhubung pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

NONE Pihak pembelaan yang diketuai M Athimulan memaklukan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas saksi pembelaan, Mohamad Tajuddin Mohamad Ali, 46, seorang pegawai Maybank, selesai memberi keterangan.

Seramai lima saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan itu yang bermula 6 Jun lalu

Mohtaruddin kemudian menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar hujah pembelaan dan seterusnya menetapkan 23 Disember ini sebagai tarikh keputusan.

Pada 8 Ogos lalu, Mohtarudin memerintahkan Dr Mohamad Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dr Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

- Bernama

ADS