Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata tiada perkara seperti tender terbuka untuk tempahan terus bagi pengiklanan.

azlan Sambil mengutuk kenyataan ahli exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok mengenai tender terbuka yang boleh meminimumkan kos pengiklanan untuk kementerian, Ng ( kanan ) berkata Kok perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

"Teresa Kok tidak faham mengenai istilah tempahan terus. Beliau patut buat kajian mengenai perkara itu.

"Dalam tempahan terus, pengiklan telah membuat ketetapan. Mereka tidak berunding mengenai harga. Jadi, nasihat saya kepada Teresa Kok jangan suka bercakap kalau tidak tahu apa yang hendak dikatakannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web destinasi Malaysia Accor, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Kok yang juga ahli parlimen DAP bagi kawasan Seputeh, mendakwa bahawa Kementerian Pelancongan telah menyalah urus proses kerajaan dan dana awam dengan memilih untuk terlibat dalam tempahan terus daripada menggunakan proses tender terbuka.

teresa kok and dap and selangor Beliau merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara bagi 2010 baru-baru ini bahawa 72 peratus kontrak pengiklanan yang dibuat oleh kementerian adalah melalui rundingan terus dengan pelbagai penyedia perkhidmatan daripada melalui proses tender terbuka.

Mengulas perkara itu, Ng berkata memang menjadi kebiasaan bagi Kok ( atas, kiri ) untuk cuba mencari isu sedangkan perkara itu tidak berlaku.

"Tetapi, kali ini menunjukkan dia kurang pengetahuan dan jahil (berhubung isu itu)," katanya.

- Bernama