Berita Malaysiakini

'Anak perempuan Najib tak ada di Perth semasa CHOGM'

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini.

NONE Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk " Delegates go shopping, sightseeing "

(Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones.

Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu.

Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar.

NST juga memetik setiausaha politik Najib, Datuk Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth.

"Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul," Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog.