Satu inkues akan dijalankan oleh seorang majistret di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti punca kematian pemandu teksi berusia 59 tahun, Baharudin Ahmad semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

NONE Malaysiakini difahamkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengemukakan dokumen perlu untuk inkues itu dijalankan.

"Pihak polis telah mengemukakan dokumen dari pejabat itu untuk mengadakan inkues tersebut. Kami sedang menunggu koroner inkues itu diputuskan dan juga tarikhnya," kata satu sumber.

Difahamkan bahawa permohonan untuk mengadakan inkues tersebut telah difailkan mengikut Seksyen 399 (1), Kanun Prosedur Jenayah.

Ketika dihubungi, ketua bahagian jenayah Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa inkues itu akan diadakan.

Baharudin meninggal dunia yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai akibat serangan jantung di Avenue K, berhampiran KLCC.

Allahyarham adalah antara ribuan yang mengambil menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

[Baca berita penuh]