Malaysiakini BERITA

DAP dakwa produk 1Malaysia berkualiti rendah

S Pathmawathy  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Selepas mendakwa, Kedai Rakyat Malaysia (KR1M) menjual produk pada harga yang tidak semurah seperti dikatakan, ahli parlimen DAP, Tony Pua mendakwa barang yang dipasarkan itu juga mempunyai label yang “meragukan”.

NONE Menurut Pua (DAP- Petaling Jaya), unit penguatkuasaan Kementerian Kesihatan perlu bertindak kerana ini bercanggahan dengan Akta Makanan 1983.

Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen, Pua menunjukkan beberapa botol sos tiram bagi membuktikan dakwaannya itu.

"Saya ada tiga jenama di sini - satu daripada KR1M, satu oleh jenama terkenal yang dihasilkan oleh Lee Kum Kee dan satu lagi jenama Tesco.

"Kedua-dua label sos tiram Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram... sos KR1M pula menyatakan ia diperbuat daripada  perisa tiram,” katanya.

Katanya, juga beberapa produk 1Malaysia juga mempunyai kualiti yang rendah.

[Baca berita penuh]