Pakar: Bersihkan perjanjian pertahanan
Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen yang mapan mengenai pertahanan merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk membersihkan perolehan pertahanan Malaysia, yang sering dihantui pembelian meragukan, kata pakar antarabangsa.
Mark Pyman, pengarah pertahanan dan program keselamatan Transparency International UK (TI-UK), mencadangkan satu pakej inisiatif untuk memulakan pembaharuan dalam perolehan pertahanan Malaysia:
Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen pertahanan yang melibatkan kedua-dua pihak;
(1) Kementerian Pertahanan perlu menerbitkan maklumat lanjut berkenaan perolehan.
(2) Masyarakat sivil menuntut maklumat lebih terperinci daripada belanjawan perolehan pertahanan.
(3) Kerajaan memastikan integriti perolehan pertahanan dalam program transformasi.
Jawatankuasa pertahanan parlimen - amalam biasa dalam sistem demokrasi berparlimen - salah satu struktur asas dalam mengawal akaun Kementerian Pertahanan, kata Pyman ketika diwawancara Malaysiakini .

