Bekas ahli parlimen Kota Melaka Wong Nai Chee mengesahkan bahawa beliau telah dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

wong nai chee 220310 Bercakap kepada akhbar harian Cina, Sin Chew Daily , Wong yang juga ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, berkata pelantikannya akan berkuat-kuasa mulai Disember ini.

Katanya, ini adalah cabaran baru bagi beliau dan akan mengambil peluang itu untuk berkhidmat kepada negara.

Beliau juga berkata, beliau akan membantu menyampaikan kebimbangan masyarakat Cina kepada perdana menteri tanpa menyembunyikan apa-apa atau sekadar melaporkan berita yang baik sahaja.

"Kita mesti berpegang kepada prinsip keadilan masyarakat. Saya akan mengecewakan perdana menteri jika saya sampaikan maklumat yang yang salah kepada beliau," katanya.

Bagaimanapun,Namun, menurutnya persatuan dan NGO Cina lain juga boleh memainkan peranan untuk berkomunikasi secara langsung dengan Perdana Menteri.

[Baca berita penuh]