Tindakan empat lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili semua pembayar cukai di Pulau Pinang dan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pemaju, Eco Meridian Sdn Bhd berhubung projek Subterranean Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) di Relau adalah bermotifkan politik.

NONE Menurut ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, ( kiri ) berkata walaupun individu berkenaan memberitahu wartawan, semalam bahawa mereka tidak mewakili mana-mana parti politik, namun tiga daripada mereka dikenalpasti memegang jawatan dalam kepimpinan BN negeri.

"Tindakan ini (untuk menyaman kerajaan negeri) adalah bermotifkan politik dengan tujuan menyekat pembangunan serta mewujudkan keraguan tentang keupayaan kerajaan negeri dan majlis tempatan mengendalikan projek," kata Sim.

Semalam, Khoo Yen Her, Abdul Manan Abdul Manap dan Sathiasilan Krishnan dari Bayan Baru dan Rama Krishnan Rajagopal dari Farlim memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Mereka menuntut mahu melihat perjanjian yang dimeterai pada 19 Ogos itu.

Perjanjian itu bagi membina projek kontroversi berkenaan yang ditandatangani oleh MPPP bersama Eco Meridian, sebuah anak syarikat pemaju hartanah yang dikaitkan dengan Umno, SP Setia Bhd.

NONE Keempat-empat mereka juga mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan perjanjian berkenaan sebagai batal dan tidak sah.

Dakwa  Sim, Khoo adalah pembantu peribadi bekas ADUN Gerakan Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe.

Manakala, Abdul Manan adalah bendahari Umno bahagian Bayan Baru dan Sathiasilan pula adalah ketua bahagian MIC Bayan Baru. Tidak dipastikan parti mana yang diwakili oleh Rama Krishnan.

[Baca berita penuh]