Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa Kelantan supaya segera merawat bekalan air di negeri itu, yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 04 Beliau berkata analisis kementeriannya terhadap air di negeri itu mendapati adanya kandungan logam yang tinggi dan ia perlu dirawat segera.

"Analisis ini mendapati adanya risiko kepada pengguna, oleh itu pihak berkaitan harus menggalas tanggungjawab ini dengan menaik taraf loji pembersihan air mereka.

"Kita akan memanjangkan perkara ini kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengambil tindakan susulan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen, semalam.

NONE Menurutnya ujikaji makmal kementeriannya juga mendapati air berkenaan mengandungi bakteria berbahaya termasuk E coli.

Liow menasihati penduduk negeri itu supaya hanya menggunakan air yang ditapis dan dimasak.

"Jangan ambil remeh perkara ini kerana ia melibatkan kemudahan asas kita.

"Kementerian Kesihatan akan memastikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara terus memantau dan memastikan penambahbaikan kualiti bekalan air ini dilakukan," katanya.

- Bernama