Malaysiakini BERITA

Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Meskipun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman belum melalui bacaan kedua di Parlimen, namun beberapa pihak telah berikrar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihannya jika ia diluluskan.

NONE ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan ( kiri ) yang juga seorang peguam, berkata akta yang akan mengharamkan protes jalanan itu satu langkah terbelakang dalam sistem demokrasi dan beliau sanggup menjadi rakyat pertama untuk mencabarnya jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon yang bergiat aktif dalam Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights , pula menulis di twitter mengenai siapa yang akan menjadi rakyat Malaysia yang akan mencabar rang undang-undang itu jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Menurut Bon ( bawah, kanan ), seksyen 4 rang undang itu berhubung “Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman” adalah bercanggah dengan perlembagaan.

“@edmundbon #PA2011 Basically the Act kills caused based dissent by way of assemblies & carves it out of Article 10 - section 4, this is unconstitutional.”

scah ipcmc talk 181207 edmund bon Seksyen 4 menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;

(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan

dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c) suatu protes jalanan;

(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan

selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,

seseorang kanak-kanak.

[Baca berita penuh]