Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti
Diterbitkan:  Nov 24, 2011 5:57 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membuat perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum, kata ahli parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub.

Beliau yang juga naib presiden PAS membuat gesaan itu ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.

NONE Katanya, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya dipetik Harakahdaily pada sidang media selepas itu.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Menurut Salahudin, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan di bawahnya masih kekal dikuatkuasa.

NONE Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ia adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Sementara itu, Dr Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.

ADS