Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Peguam berharap ahli parlimen yang akan mengundi untuk meluluskan rang undang-undang perhimpunan aman hari ini tidak akan mengundi mengikut ketua whip semata-mata.

Presidennya Lim Chee Wee berkata, ahli parlimen BN mahupun pembangkang sepatutnya mengundi mengikut hati nurani mereka dalam meluluskan undang-undang berkenaan.

"Kita menggesa semua wakil rakyat untuk berfikir dengan teliti berhubung isu ini yang memberi kesan kepada hak perlembagaan rakyat.

"Kita menggesa perdana menteri yang telah memberi pengumuman yang baik (di ambang) Hari Malaysia, supaya tidak dipengaruhi orang lain.

"Sebaliknya, kembali ke jalan transformasi yang dijanjikannya kepada rakyat," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

NONE Beliau turut menyeru ahli parlimen berkenaan supaya menyokong rang undang-undang alternatif dan meneliti surat terbuka yang diserahkan kepada wakil kerajaan dan pembangkang hari ini.

Dokumen berkenaan diserahkannya kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Lim bersama ribuan peguam dan anggota masyarakat sivil berarak ke bangunan parlimen untuk menyerahkan dokumen berkenaan.

NONE Lim berkata Majlis Peguam mengadakan perhimpunan berkenaan memandangkan negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.

Ditanya jika badan berkenaan akan meneruskan tindakan berkenaan sekiranya undang-undang kontroversi itu diluluskan, Lim berkata beliau akan membincangkan dulu perkara itu dengan anggota pimpinannya.

ADS