Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan awal PSC dibentang Khamis ini
Diterbitkan:  Nov 29, 2011 4:49 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Laporan awal Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen  (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Khamis ini.

NONE Pengerusinya Datuk Seri Maximus Ongkili berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.

"Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting.

"Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan," katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam 'Failure Analysis and Wafer Testing', di Putrajaya, hari ini.

Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 Nov di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu.

Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Dis), Pulau Pinang (15-16 Dis), Kelantan (7-8 Jan) dan Johor (12-13 Jan).

- Bernama

ADS