Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KLCC beri amaran pada penganjur flashmob di Facebook
Diterbitkan:  Dec 8, 2011 7:33 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Kuala Lumpur City Park Bhd, KLCC Urusharta Sdn Bhd dan Suria KLCC Sdn Bhd, telah memberi amaran untuk mengambil perintah mahkamah terhadap penganjur "Flashmob 1000 Malaysians Apreciate Christmas Tree'.

Ini ekoran surat dari firma guaman Zul Rafique & Partners, yang mewakili ketiga-tiga syarikat yang beroperasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) itu.

klcc a samad said protest against assembly bill 1 Ia dialamatkan kepada pensyarah Universiti Monash, Wong Chin

Huat, dan diserahkan melalui tangan dan juga kepadanya dan enam yang lain melalui Facebook bahawa perintah mahkamah mungkin diperolehi terhadap mereka berhubung penganjuran acara itu pada hari Sabtu di KLCC park.

Selain Wong, mereka yang menerima notis melalui Facebook itu ialah Vienna Looi, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tan, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa. Dipercayai ini adalah kali pertama notis seumpama itu dihantar oleh firma guaman melalui Facebook.

KilltheBill.org,

yang merupakan anggota Kempen Jom Ke Jalan, terkejut menerima surat peguam yang mewakili KLCC untuk memohon perintah mahkamah itu.

"Kami percaya ini mungkin kali pertama di Malaysia, jika tidak di dunia, di mana flashmob dilihat sebagai satu ancaman utama sehingga memerlu perintah mahkamah.

"Ini amat menyedihkan selepas dunia menerima pakai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 63 tahun lalu, "kata satu kenyataan pihak penganjur.

[Baca berita penuh]

ADS