Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) memberi jaminan bahawa cadangan penubuhan Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia (BCPM) adalah satu badan yang mengiktiraf para pengamal Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di negara ini sebagai ahli profesional di dalam domain juru komputer masing-masing.

    

Dalam satu kenyataan, MOSTI menjelaskan bahawa BCPM tiada matlamat untuk mengawal atur profesion juru komputer di negara ini tetapi ia hanya diguna pakai kepada mereka yang dikenal pasti sebagai entiti Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal (CNII).

    

Langkah itu bertujuan menjaga kepentingan negara memandangkan persekitaran global yang dinamik dan mencabar.

    

Pendaftaran sebagai Profesional Juru Komputer dengan BCPM tidak dijadikan mandatori, katanya.

    

Pendaftaran dengan BCPM tidak sahaja terpakai bagi graduan dari domain juru komputer malah turut mengambil kira graduan dari disiplin lain yang mempunyai pengalaman juru komputer serta mereka yang mempunyai kelayakan profesional di dalam domain juru komputer masing-masing.

    

MOSTI berkata wujud salah faham mengenai cadangan Akta BCPM sekarang ini yang sedang digubal oleh MOSTI.

    

Dakwaan itu, kata MOSTI, Akta bah itu itu akan mengawal atur pengamal juru komputer dan memaksa mereka mendaftar dengan Lembaga yang baru itu yang di namakan Lembaga Juru Komputer Profesional dan mereka yang tidak mendaftar dengan lembaga yang baru itu tidak akan dibenarkan melakukan programming, kejuruteraan perisian atau memohon tender kerajaan.

    

Antara lain, MOSTI berkata langkah itu akan meningkatkan nilai profesion itu kerana ia memerlukan ahli berdaftar untuk mendapatkan tahap kelayakan dan pengalaman minimum.

    

alam usaha memperkenalkan Rang Undang-Undang BCPM itu, MOSTI telah memulakan usaha bagi memastikan pandangan setiap pihak berkepentingan utama diambil kira.

    

Bi mendapatkan input lanjut bagi menambah baik Rang Undang-Undang BCPM itu, MOSTI akan mengadakan hari terbuka pada 13 Disember dari 9.30 pagi hingga  5 petang di Dewan Perhimpunan, MOSTI, Aras 1, Blok C4, Komplex C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

    

Ini bertujuan memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai cadangan penubuhan BCPM dan menyediakan satu platform bagi kesemua pihak yang berminat mengkaji Rang Undang-Undang BCPM dan memberi peluang untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan pemikiran.

    

- Bernama