Borang bantuan rakyat 1Malaysia diedar mulai hari ini
Diterbitkan: Dec 10, 2011 11:52 AM | Dikemas kini: Dec 10, 2011 11:53 AM
Borang permohonan Bantuan Rakyat RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
- Bernama

