Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak mengejutkan PAS hanya bina satu masjid di Kelantan'
Diterbitkan:  Dec 11, 2011 4:05 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan.

johari baharum Beliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah.

"Kerajaan negeri hanya tokok RM50 elaun RM750 sebulan yang diberi kerajaan pusat kepada imam di seluruh negara. Bayangkan jumlah ini tak sampai RM2 sehari. Nak beli minyak motosikal ulang-alik ke masjid lima waktu seharipun tidak cukup, " katanya mengulas pengakuan seorang pemimpin PAS Kelantan bahawa parti itu hanya bina sebuah masjid di negeri itu, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui Bernama selepas menyampaikan elaun kepada pengerusi dan etiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kubang Pasu hari ini berkata orang Islam akan terus berpecah elagi Pas menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani urut menyoal sumbangan PAS untuk kemajuan orang Islam di negara ini.

"Masa bulan puasa dulu kerajaan PAS Kedah memberi arahan operasi pusat-pusat hiburan ditutup tetapi apabila DAP membantah, mereka menarik balik larangan itu.”

Menurutnya kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) pula bertanggungjawab terhadap rakyat dan sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM20 juta untuk menyiapkan jalan sepanjang lapan kilometer di Durian Burong, Padang Terap.

"Kerajaan BN sentiasa mengotakan janji dan bukan membuat gimik atau menjanjikan perkara yang tidak mampu dilaksanakannya," tambahnya.

- Bernama

ADS