Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy menyangkal dakwaan bahawa beliau pendatang baru dalam parti, sebaliknya sudah terlibat sejak 1981 semasa masih menjadi ahli akademik.

penang dap convention 111211 ramasamy Beliau yang juga timbalan ketua menteri II berkata, sejak penglibatannya, beliau sudah bekerja dengan pemimpin tertinggi DAP seperti V David dan P Patto semasa masih menjadi pensyarah universiti.

Katanya, beliau akhirnya menyertai DAP pada Ogos 2005 selepas  ditamatkan perkhidmatan ekoran penglibatan politik.

"Saya bukan payung terjun dalam DAP sebelum datang ke Pulau Pinang," kata Ramasamy.

Beliau merujuk kepada pertanyaan Pengerusi DAP Karpal Singh dalam konvensyen parti baru-baru ini berbunyi, "siapa Ramasamy?".

"Tiada sesiapa (di universiti) bersama DAP kecuali saya. Sesiapa yang didapati terlibat boleh dipecat.

"Saya terima 10 surat amaran sebelum diminta tunjuk sebab oleh kementerian pelajaran kerana menjadi tuan rumah untuk ceramah Lim Guan Eng," katanya.

Ramasamy, yang mana kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin, memberitahu perkara itu kepada perwakilan konvensyen DAP Pulau Pinang semalam semasa ucapan penggulungannya.

[Baca berita penuh]