Ketua MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam tidak berpuas hati dengan kegagalan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang gagal menunjukkan rasa terima kasih kepadanya kerana membantu ibu pemimpin DAP itu yang dilanda masalah kesihatan pada tahun 2009 lalu.

NONE Menurut laporan akhbar-akhbar Cina sejak beberapa hari lalu, Yeow ( kiri ) mengeluarkan kenyataan mendakwa Teo hanya mengucapkan terima kasih kepadanya beberapa bulan selepas ibunya menjalani rawatan. Itupun, beliau dipetik sebagai berkata selepas dirinya bertanya tentang kesihatan ibu Teo apabila mereka bertemu, secara kebetulan, pada satu majlis.

Yeow berkata jika beliau tidak bertanyakan khabar tentang ibunya, Teo mungkin akan lupa bahawa MCA telah melnghulurkan bantuan kepada keluarganya.

Beliau berkata bukan niat atau hasratnya menagih penghargaan tetapi Teo tidak boleh melarikan diri daripada hakikat bahawa MCA telah membantu ibu Teo yang melalui tempoh yang getir.

Yeow mengulas kenyataan Teo pada Sabtu lalu bahawa beliau telah mengucapkan terima kasih kepadanya berulang kali kerana membantunya tetapi pemimpin MCA itu diingatkan supaya tidak mengheret masalah kesihatan ibunya bagi tujuan politik.

Pada satu majlis Khamis lalu, Yeow, seorang senator dan doktor perubatan yang mengendalikan pusat dialisis secara amal di Mawar, menyebut sepintas lalu bahawa pembantunya pernah memberi bantuan kepada ibu Teo.

NONE Beliau berkata demikian ketika membidas ketua DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, yang didakwanya mendapat gaji lebih RM20,000 sebulan sebagai seorang ahli parlimen dan ADUN tetapi tidak membantu rakyat yang memerlukan.

Kata Yeow, kebanyakan isu tempatan diselesaikan oleh aktivis MCA dan bukannya DAP, termasuk mereka dengan masalah kesihatan.

[Baca berita penuh]