Pengasas Google, Twitter, Yahoo!, eBay dan beberapa gergasi Internet menyatakan kebimbangan terhadap Kongres Amerika Syarikat yang mahu memperkenalkan undang-undang untuk menghapuskan masalah cetak rompak dalam talian.

Mereka memberi amaran, undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan Washington kuasa menapis internet, sama seperti yang berlaku di China, Malaysia and Iran, lapor AFP .

Akta Hentikan Cetak Rompak menerima sokongan daripada kedua-dua pihak dalam dewan perwakilan dan versi yang diperkenalkan kepada senat dikenali sebagai Akta Kecurian Harta Intelek.

Undang-undang itu menerima sokongan daripada Hollywood, industri muzik, gabungan perisian perniagaan, persatuan pengilang, Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan kumpulan lain.

[Baca berita penuh]