Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

NONE Ditanya Malaysiakini berhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed  mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS