Pembantah anti bil perhimpunan disuraikan KLCC
Aktivis penentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sekali lagi mengadakan bantahan untuk empat minggu berturut-turut, kali ini dengan berkelah di tengah-tengah semburan air.
Hampir 100 orang menyertai perhimpunan di taman KLCC di ibu negara dengan menghampar tikar dan membawa makanan di sebuah pohon yang teduh mula berpecah apabila semburan air misteri menyimbah mereka.
Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor Liau Kok Fah - antara yang menyertai bantahan itu - berkata terlalu banyak kebetulan dalam perhimpunan kali ini.
"Mereka (pengurusan taman) melakukan dengan tujuan tertentu. Bapa saya seorang petani. Kamu hanya jirus pokok waktu pagi atau malam. Jika kamu lakukan pada tengah hari, pokok akan mati," katanya.
Ini merupakan kali kedua air disembur dalam siri bantahan itu. Sebelum ini bantahan sama dilakukan pada 3 Disember di mana Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut hadir.

