Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis
Diterbitkan:  Jan 1, 2012 1:09 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim malam tadi -- yang menyaksikan hampir 20 orang ditahan dan seorang cedera -- terus mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan menimbulkan polemik baru kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat perdana menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.

pkpim president ahmad fahmi mohd samsudin "Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," kata presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ( kiri ).

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Fahmi berkata, tragedi di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak berkenaan.

Katanya lagi, ini kerana tiada peruntukan yang jelas untuk mengawal serta mengehadkan kuasa serta budi bicara polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman.

Sementara itu, Jingga 13 -- NGO yang dekat dengan PKR -- mendesakkesemua 17 aktivis dan mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala pihak yang cedera wajib diberikan pampasan selayaknya.

NONE Ketua koordinatornya Fariz Musa ( kanan )berkata, "tindakan biadap di luar kewarasan manusia" itu tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia dan jelas melampaui batas.

"Pihak polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim!" katanya dalam kenyataan hari ini.

"Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim oleh FRU ini! Jingga 13 bersama mahasiswa menolak kekejaman ini, dan kami mendesak anggota yang terlibat dikenakan tindakan tegas!"

 

ADS