BERITA

Kontrak lounge suit: Panel disiplin DAP siasat Nga

Lee Way Loon

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Jan 2012, 4:38 pagi

Pucuk pimpinan DAP telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika beliau memegang jawatan ahli exco kerjaan negeri semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur malam tadi, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

tan kok wai dap pc 010808 01 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata seorang ketua cawangan DAP di Perak telah membuat aduan bahawa Nga telah melanggar disiplin parti.

Selain itu, seorang penulis blog pro-Umno turut menuduh Nga yang juga ahli parlimen Taiping telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh menganugerahkan kontrak untuk pakaian lounge suit kepada firma menjahit yang dimiliki oleh isterinya, pada tahun 2008. Nga adalah exco yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan.

Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog berkenaan.

Pada mesyuarat malam semlam, Nga, yang juga penolong bendahari kebangsaan DAP, tidak hadir walaupun dilaporkan sebelum ini bahawa beliau akan hadir untuk menjelaskan dakwaan terhadapnya itu.

"Jawatankuasa tatatertib menerima aduan rasmi mengenai perkara ini dan oleh itu siasatan ke atas Nga perlu dijalankan. Beliau tidak perlu memberi penjelasan kepada jawatankuasa pusat," kata Tan sambil menambah bahawa Nga akan disoal semasa siasatan dijalankan.

Beliau berharap siasatan dalam diselesaikan pada minggu depan.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.