Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB dakwa elemen sabotaj dalam kutip sampah
Diterbitkan:  Jan 4, 2012 8:46 PM
Dikemaskini: 11:09 PM

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud usaha untuk mensabotaj kerajaan negeri berhubung kutipan sampah di kawasan perumahan.

khalid ibrahim pc 171111 Abdul Khalid percaya ia diselaras dengan baik oleh sesetengah pihak dan kerajaan negeri mempunyai bukti yang mencukupi berhubung tindakan sedemikian.

    

"Sebagai contoh, satu senario apabila pihak berkuasa datang dan membersihkan kawasan sampah terbabit, dalam tempoh beberapa jam pihak ini akan memunggah sampah secukupnya untuk mengisi sebuah lori.

    

"Kerajaan negeri mendapati tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku di kawasan perumahan di bawah bidang kuasa empat pihak berkuasa tempatan di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Subang Jaya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini.

    

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan telah memulakan satu inisiatif untuk melancarkan telefon hotline bebas tol bagi menangani masalah sedemikian daripada berulang di negeri ini.

    

alam flora waste management 120609 06 Beliau berkata kerajaan negeri akan mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memberi hadiah kepada pemberi maklumat yang menyalurkan maklumat mencukupi berhubung tindakan sedemikian melalui hotline itu.

    

Beliau juga berkata orang ramai boleh menggunakan hotline itu bagi membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan jika mereka mendapati urusan menangani kutipan sampah dan khidmat pengurusan sisa pepejal di kawasan mereka tidak efisien.

- Bernama

ADS