Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rocky diberi dua minggu untuk lantik peguam baru
Diterbitkan:  Jan 11, 2012 3:33 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Blogger Datuk Ahirudin Attan diberi masa dua minggu oleh Mahkamah Tinggi untuk melantik peguam bela yang baru dalam saman fitnah yang difailkan oleh empat bekas ketuanya di New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), lima tahun lalu.

bloggers conference 051007 rocky Ahirudin yang dikenali dengan nama pena Rocky's Bru ( kiri ) dan peguam Rishwant Singh yang mewakili keempat-empat mereka itu hari ini berjumpa Hakim Datuk Asmabi Mohamed di dalam kamarnya semasa kes itu dibentangkan untuk pengurusan kes.

Rishwant memberitahu pemberita, mahkamah memberikan masa dua minggu kepada defendan (Ahirudin) untuk melantik peguam bela yang baru dan menetapkan 25 Jan bagi pengurusan kes.

Pada 4 Jan, 2007, keempat-empat mereka yang pada ketika itu merupakan timbalan pengerusi NSTP Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas pengarang kumpulan Brendan Pereira memfailkan saman terhadap Ahirudin bagi memfitnah dan berbohong dengan niat jahat.

Saman itu berkaitan dengan artikel dan posting yang telah diterbitkan, atau dibenarkan untuk diterbitkan oleh Ahirudin dalam laman blognya.

Dalam saman itu, keempat-empat mereka mendakwa artikel itu merujuk kepada mereka dan berbaur fitnah,

azlan Pada awalnya, NSTP turut dinamakan sebagai plaintif dalam saman itu. Bagaimanapun, pada 27 Sept, 2010, syarikat itu menarik diri sebagai plaintif.

Ahirudin dalam kenyataam pembelaannya yang difailkan pada 3 Mei, 2007, menafikan perkataan-perkataan berkenaan berbaur fitnah.

Beliau juga bergantung pada komen adil berhubung perkara kepentingan awam dan maklumat awam.

ADS