Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aliran turut kecam pendirian Azizan
Diterbitkan:  Jan 25, 2012 3:44 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Bantahan dan kritikan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin hebat selepas beliau menyokong penggantungan yang didakwa "tidak adil" terhadap lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Terbaru, NGO Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) mengecam pendirian Azizan itu kerana mendakwa tindakan itu bukan sahaja secara terang melanggar kebebasan akademik dan kebebasan bersuara, bahkan menyalahi konsensus yang disepakati Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan mereka, termasuk Pemuda PAS, kumpulan peguam dan aktivis mahasiswa.

"(Pendirian) menteri besar jelas tidak senada dengan pihak lain di negera ini, di mana, kecuali BN, rakyat khususnya generasi muda mendambakan kehebatan kebebasan akademik dan hak-hak demokrasi. Dalam hal menuntut kebebasan, mereka mahu AUKU dimansuhkan," kata Setiausaha Kehormat Aliran Dr Mustafa K Anuar.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Dalam kenyataannya, Mustafa menegaskan penggunaan akta yang didakwanya "membelenggu" mahasiswa menyebabkan keikhlasan dan kejujuran Pakatan bagi memansuhkannya dipersoalkan yang mana ianya secara konsisten telah ditentang.

 

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan supaya Azizan menimbang semula pendirian rasminya berhubung perkara itu demi memberi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang berjanji akan memansuhkan akta itu jika berkuasa kelak.

 

 

 

ADS