Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita Umno diminta tumpu pada gerak kerja p'raya
Diterbitkan:  Feb 3, 2012 1:00 PM
Dikemaskini: 7:57 PM

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim mengingatkan anggota pergerakan itu bahawa mereka mempunyai amanah dan tanggungjawab kepada parti mendahului kepentingan diri sendiri.

    

Kamilia, yang memaklumkan menerima beberapa pendapat berbeza dalam menangani isu Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, meminta anggota pergerakan itu agar menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya dan memberi kesetiaan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahim Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang masalah kepimpinan yang boleh menggugat kestabilan dan menjejaskan parti harus ditangani segera dengan penuh bijaksana supaya tidak membawa perpecahan kepada Umno.

    

"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," katanya.

    

Sehubungan itu, beliau menyeru Wanita Umno mengenepikan emosi untuk merapatkan barisan dan menguatkan semangat demi perjuangan parti dan BN demi menjamin kestabilan politik negara.

Kamilia berkata Wanita Umno sebagai sayap parti mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

    

"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya.

    

Sebelum ini, Shahrizat mengambil cuti rehat selama tiga minggu mulai 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

    

Shahrizat berdepan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui oleh suaminya Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matalmat penubuhannya.

    

Dalam tempoh cuti tersebut, Shahrizat berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terbabit atau tidak dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung projek NFC.

- Bernama

ADS