BERITA

KFC i-City enggan ulas insiden pergaduhan

Salhan K Ahmad

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Feb 2012, 3:18 pagi

Pihak pengurusan restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di i-City, Shah Alam, enggan mengulas mengenai insiden kekasaran yang didakwa berlaku di dalam premis berkenaan Isnin lalu.

NONE Seorang pengurus premis berkenaan, yang enggan dikenali, menjelaskan bahawa pihak yang boleh memberi kenyataan berhubung isu itu hanya pengurusan di ibu pejabat KFC Holdings (Malaysia) Sdn Bhd.

"Kami tidak boleh beri apa-apa kenyataan. Kalau encik nak tahu kena tanya bahagian PR ibu pejabat," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika ditemui di premis berkenaan hari ini.

Pengurus itu juga tidak membenarkan Malaysiakini menemuramah kakitangan yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan, apabila diminta.

Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari.

NONE Malaysiakini berkunjung ke premis berkenaan hari ini untuk mendapatkan reaksi pengurusan berkenaan, susulan kenyataan seorang lelaki yang terbabit dalam insiden tersebut semalam.

Lelaki berkenaan, Danny Ng, 26, menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.

Sementara itu, satu kenyataan KFC Malaysia di Facebook hari ini menyebut, syarikat berkenaan masih menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden itu.

Syarikat itu juga telah menggantung kakitangan yang terlibat dalam insiden berkenaan, serta kakitangan lain dalam pasukan tersebut.

Difahamkan, kakitangan berkenaan bertugas dalam pasukan tertentu untuk giliran kerja mereka.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.