Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin tiba untuk lawatan sehari ke Kedah
Diterbitkan:  Feb 14, 2012 10:56 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Alor Setar hari ini bagi mengadakan lawatan sehari ke Kedah.

Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada pukul 8.33 pagi disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom dan para pemimpin Umno serta parti komponen BN.

christmas school 261211 muhyiddin Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin ( kanan ) yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno negeri diikuti pertemuan dengan Badan Perhubungan BN negeri.

Beliau juga akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Desa Keda di Batu 13, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena dan bertemu warga pendidik dari negeri Kedah dan Perlis.

Noorainee turut mempunyai atur cara berasingan yang antaranya melawat Pusat Dalam Komuniti Kubang Pasu dan melawat Wad Kanak-kanak Hospital Besar Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS