Seorang penunjuk perasaan yang melancarkan mogok lapar terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh hari ini selepas paramedik gagal mengesan tekanan darahnya semasa beliau rebah.

NONE Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, telah mogok lapar tanpa mengambil sebarang kanan selama lebih daripada 24 jam.

 

Beliau telah berikrar akan terus mogok lapar di tapak yang sama di Padang Kota Damansara, Selangor, apabila keluar dari hospital.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini melawat Gan yang terbaring di atas kertas kotak dan hampir tidak boleh ercakap. Beliau terpaksa dibantu untuk minum air.

 

"Saya sokong bantahan secara aman tetapi saya sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa bentuk bantahan yang akan memudaratkan sesiapa, termasuk diri penunjuk perasaan itu sendiri. Jadi saya akan cuba cari jalan terbaik bagi memujuk Gan daripada cubaan membunuh diri itu,” kata ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.

 

NONE Selepas gagal memujuk lelaki itu membatalkan niat dan rancangannya, Alim bersama beberapa ahli parlimen Pakatan menelefon bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan ambulans.

Menurut pengarah urusan syarikat berkenaan, Lee Sin, - Gan ( berbaju hitam ) mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan telah menjalani angioplasti (satu prosedur pembedahan untuk meluaskan saluran darah).

 

Gan membuat bantahan berikutan kegagalan kerajaan negeri Pahang mematuhi keputusan mahkamah supaya membayar syarikat itu, RM63 juta. Semalam,beliau juga mengugut akan membunuh diri jika kerajaan negeri terus mengenkari arahan mahkamah itu.

NONE Ditanya mengapa hanya Gan sahaja yang meneruskan bantahan, sedangkan mogok lapar yang lalu mempunyai 10 orang, Lee  menjawab: "Kami tidak lagi mahu buat bantahan. Apa yang kami lakukan cuma adalah sia-sia "

Ahli parilimen Cheras Tan Kok Wai dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang juga di lokasi mengecam kerajaan negeri Pahang kerana gagal mematuhi arahan mahkamah tinggi.

[Baca berita penuh]