BERITA Malaysiakini

Star akui kesilapan berhubung petikan Guan Eng

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Akhbar harian Inggeris, the Star hari ini menerbitkan kenyataan ringkas berhubung kesilapan dalam laporannya dalam artikel semasa perdebatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibuat semasa persidangan 'Kaum Cina di persimpangan’, Sabtu lalu.

NONE "Kami dimaklumkan bahawa semasa perdebatan dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang bertajuk ‘Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa? setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak ada membuat kenyataan berikut: ‘Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan’.

"Kesilapan dalam terjemahan itu amat dikesali," petik kenyataan dua perenggan pengakuan kesilapan itu yang dicetak pada halaman enam akhbar berkenaan.

Bertajuk 'Ralat dalam terjemahan', artikel itu tidak membawa sebarang permohonan maaf atau menyiarkan petikan yang betul.

Lim, semalam menuntut permohonan maaf daripada harian milik MCA itu berhubung laporannnya mengenai perdebatan dua gergasi politik itu.

"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan,” kata Lim dalam kenyataannya itu.

[Baca berita penuh]