DAP mahu semua aset NFC, pengarah dibeku
DAP hari ini menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan (SPRM) membekukan semua aset National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengarah-pengarahnya, bagi memastikan dana awam terlibat terselamat.
"Ekoran pengesahan polis (mencadangkan pendakwaan) dan untuk mencegah pemindahan aset secara haram yang diperoleh melalui amalan jenayah pecah amanah, kami menyeru polis membekukan sebarang pemindahan atau penjualan aset milik NFC dan pengarah-pengarahnya," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Katanya, walaupun perdana menteri mengumumkan aset NFC dibekukan pada 14 Januari, aset yang diperoleh secara langsung atau tidak langsung melalui dana NFC kekal di tangan pengarah-pengarahnya, seperti hartanah di Singapura dan negara ini.
"Bagi memastikan aset ini tidak dilupuskan dengan membelanjakan pinjaman mudah daripada wang pembayar cukai RM250uta j, polis mesti mengambil tindakan supaya hartanah dan aset-aset dibekukan ekoran cadangan pengarah-pengarahnya disiasat atas dakwaan pecah amanah," kata Pua lagi.

