mk-logo
Berita
Tengku Mahkota cuba selesaikan isu khalwat?

Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

NONE Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin PKR yang ditangkap kerana berkhalwat.

Memetik sumber, agensi berita nasional itu mengesahkan Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

JAIP Sabtu lalu dilapor menangkap "seorang pemimpin PKR" kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

NONE Badrulamin - yang dinamakan di blog-blog - bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan beranggapan kejadian itu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya.

Pada ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat, Badrulamin juga malam tadi diiringi isterinya.

Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung isu itu hari ini.

Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Badrulamin juga berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

NONE Dakwanya, selain pemandunya diugut, beliau juga diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

Menyentuh siasatan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bermula semalam, Badrulamin berkata beliau memberikan kerjasama penuh.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini