K'jaan bantah permohonan penduduk cabar TOL Lynas
Pejabat Peguam Negara hari ini membuat bantahan awal terhadap permohonan sepuluh penduduk yang mencabar tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada syarikat pemprosesan nadir bumi Lynas.
Ia dibuat bagi pihak syarikat dari Australia itu yang sedang mendirikan loji yang bernilai RM700 juta di Gebeng, berhampiran Kuantan dengan hujah penduduk tidak menggunakan sepenuhnya segala peluang yang ada, termasuk merayu kepada menteri.
Pendakwaraya Persekutuan kanan Suzana Atan dan Norhisham Ismail membangkitkan bantahan awal itu, apabila kes berkenaan disebut dalam kamar pagi ini.
Pemohon berkenaan, termasuk seorang pegawai waran tentera laut yang telah bersara, seorang pengurus kilang dan seorang pemasang mekanikal mahu lesen TOL itu dibatalkan sekiranya permohonan mereka dibenarkan
Lynas memohon memberikan jawapan kepada afidavit pemohon, serta satu lagi afidavit oleh seorang jurutera kimia yang turut merakamkan pendapatnya berhubung loji penapisan sisa radioaktif itu.
Hakim Datuk Rohana Yusof kemudiannya menetapkan 20 Mac untuk mendengar perkara berkenaan.
Pemohon diwakili oleh peguam K Shanmuga dan Aston Paiva, manakala Lynas pula oleh peguam Dominic Puthucheary.

