Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam digesa pulang bagi buktikan diri tak salah
Diterbitkan:  Feb 29, 2012 7:28 AM
Dikemaskini: 11:43 PM

Sebuah syarikat berpangkalan di Johor, Southern Ads Sdn Bhd, menggesa peguam Kamal Hisham Jaafar kembali ke Malaysia bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam satu kes pecah amanah.

NONE Kamal, yang juga pengarah syarikat itu dan kini dipercayai berada di Dubai, diminta menjawab dakwaan menyeleweng wang RM660,000 milik syarikat tersebut.

Bercakap sebagai wakil syarikat itu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu ( kanan ) berkata Kamal meninggalkan negara pada April 2011 selepas laporan polis terhadapnya dibuat pada 31 Mac.

Laporan itu dibuat selepas syarikat tersebut, melalui audit bebas, mendapati ada elemen jenayah berhubung cara Kamal mengendalikan syarikat berkenaan, kata Baljit pada satu sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata pada 31 Jan lalu, rakan kongsi Kamal iaitu Rozana Shamsuddin dan peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengadakan satu sidang akhbar bagi menafikan dakwaan itu.

"Selepas itu, kami dimaklumkan bahawa polis telah mengeluarkan notis pertama mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah yang diserahkan kepada keluarga dan rakan kongsi beliau.

"Notis kedua yang dikeluarkan selepas itu menyatakan secara spesifik masa dan tempat untuk beliau hadir memberi keterangan, namun tidak mendapat kerjasama daripada Kamal," katanya.

Kamal menjadi pengarah Southern Ads sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2004.

- Bernama

ADS