Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN negeri janji hadiah Kedah pada Najib
Diterbitkan:  Mar 3, 2012 10:28 PM
Dikemaskini: Mar 4, 2012 1:03 AM

BN Kedah hari ini berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum  2008.

"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana anjuran BN di

Padang Awam Taman Ria di Sungai Petani,  malam ini.

Majlis makan itu diadakan sempena Program Pemukiman Adun-Adun BN Malaysia di Kedah.

Ahmad Bashah berkata, rakyat kini juga telah menunjukkan sokongan mereka terhadap BN menerusi sambutan aktiviti anjuran BN termasuk  majlis makan malam itu yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang.

Katanya, aktiviti pemukiman yang dianjurkan itu juga telah mendapat sambutan rakyat apabila mereka bergabung tenaga bersama  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam berkempen.

- Bernama

ADS