Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengumuman ADUN Kota Laksamana, Betty Chew, untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dianggap sebagai peluang terbaik untuk BN merampas kerusi berkenaan.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pengunduran Betty itu adalah wajar kerana kegagalan beliau menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

ali rustam Menurutnya, ini kerana tiada kemajuan dan sumbangan ADUN pembangkang yang memegang kawasan berkenaan semenjak selepas kemerdekaan.

Malahan, katanya, segala bentuk pembangunan dan kemajuan yang dikecapi rakyat selama ini adalah hasil usaha kerajaan BN.

"Sungai Melaka, Jonker Walk, Kampung  Morten dan banyak lagi produk pelancongan dan pembangunan di Kota Laksamana adalah inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan kawasan itu terus maju.

"Sebagai ADUN, Betty tidak membawa apa-apa kemajuan, malahan prasarana yang disediakan juga tidak mampu dijaga dengan baik.

"Betty dan DAP hanya pandai mempertikaikan segala usaha BN setiap kali persidangan DUN diadakan," katanya kepada media selepas persidang pertama DUN ke-12 di Melaka hari ini.

Terdahulu, ura-ura BN Melaka akan memperuntukkan pemberian kerusi DUN Kota Laksamana untuk ditandingi pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri, Datuk Chiw Tiang Chai.

Sambil menyifatkan Chiw sebagai calon baru yang agresif, Mohd Ali berkata beliau merupakan calon sesuai untuk mewakili BN untuk kerusi berkenaan pada PRU akan datang, sekaligus memberi peluang BN merampas kerusi itu.

"Saya percaya,  jika Kota Laksamana dan kawasan lain di bawah pimpinan pembangkang berada di bawah BN, lebih banyak kemajuan dapat dicapai seterusnya dapat dinikmati semua rakyat," katanya.

ADS