Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Wanita Suara Perubahan hari ini menghantar sebanyak 576 sampul berisi sarung tangan putih dan surat jemputan kepada semua ADUN di setiap negeri sebagai simbolik menuntut kerajaan bebas daripada rasuah.

international women day 2003 Selain itu, badan tersebut juga menuntut agar keganasan terhadap wanita dihentikan dan pilihan raya diadakan secara adil dan bersih.

Mereka juga mahu Akta Perhimpunan Aman 2012 dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan hak asasi untuk berkumpul secara bebas.

Ahli Jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah berkata, sempena Hari Wanita Sedunia, Wanita Suara Perubahan menuntut agar suara wanita didengar.

"Kini wanita telah mampu menggerakkan dunia. Jadi saya  meminta agar kerajaan laksanakan tuntutan enam tuntutan kami itu," katanya.

NONE Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.

Sebelum menghantar sampul tersebutl, badan itu mengadakan perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 wakil 15 NGO di kawasan air pancut di Brickfields selama 30 minit sebelum berarak ke pejabat Pos.

Ketika berhimpun mereka turut melaungkan 'Hidup wanita', 'Henti keganasan' dan 'Wanita mahu kerajaan bersih'.

Dalam pada itu, Chong berkata, beliau berharap kerajaan dapat menunaikan tuntutan badan itu dan mencadangkan agar setiap menteri dan exco mengisytiharkan harta bagi memastikan setiap pemimpin bebas daripada rasuah.

"Wanita ada hak. Kini saya lihat ada jurang yang besar antara lelaki dan perempuan. Kerajaan harus sokong perjuangan hak asasi manusia.

NONE 'Saya juga cadangkan agar kerajaan mengadakan 'Sunshine law' seperti di Taiwan yang mana cara bagi mencegah rasuah ialah dengan mengisytihar harta setiap menteri dan exco setiap tahun," katanya.  

Dalam pada itu, Pemangku Presiden All-Women's Action Society (AWAM), Ho Yock Lin bertindak berbaring di lantai atau 'planking' di hadapan pejabat pos Briekfield sebagai tanda protes terhadap kedudukan wanita yang didakwanya tidak diendahkan oleh masyarakat dan kerajaan.

Selain AWAM,Wanita Suara Perubahan merupakan gabungan 15 NGO antaranya Women's Aid Organisation, Sister In Islam, Tenaganita dan Empower.

Badan itu juga akan menyerahkan sampul berisi sarung tangan putih di Parlimen Selasa depan serta mengadakan perhimpunan pada 18 mac ini di padang Astaka, Petaling Jaya.