Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM: Tak ramai lelaki di Melaka kahwin ibu tunggal

Tidak ramai lelaki di negeri Melaka  yang berminat berkahwin dengan ibu tunggal walaupun kerajaan negeri itu menyediakan sumbangan RM1,000 kepada mereka yang berbuat demikian.

ali rustam Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, semenjak insentif itu diperkenalkan pada 2010, hanya enam lelaki yang mendirikan rumahtangga dengan ibu tunggal, sekaligus melayakkan mereka menerima wang berkenaan.

Selain itu, insentif RM500 kepada remaja melebihi 16 tahun yang ingin berkahwin juga menerima nasib serupa apabila hanya dua penerima direkodkan.

Menurutnya, insentif berkenaan diperkenalkan sebagai langkah menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibu tunggal, selain mengelak remaja daripada terlanjur dan akhirnya terbabit dalam kes membuang bayi.

 "Walaupun sambutan untuk kedua insentif ini tidak begitu menggalakkan, kerajaan negeri masih akan meneruskannya," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini.

ADS