Lebuhraya Smart dibuka semula
Diterbitkan: Mar 11, 2012 11:44 AM | Dikemas kini: Mar 11, 2012 11:45 AM
Lebuhraya Smart dibuka semula kepada lalu lintas bagi laluan arah selatan keluar dari ibu kota (dek atas) mulai 11.45 malam tadi.
Pegawai Ketua Operasi Smart Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan berkata lebuh raya itu ditutup sebelum ini selepas menerima arahan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pengaliran lebihan air Sungai Klang dan Sungai Ampang akibat hujan lebat.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengelak Kuala Lumpur dilanda banjir besar.
- Bernama

