Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua bahagian Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yakin tindakan  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur daripada mengetuai portfolio kementerian pembangunan wanita tidak akan memberi kesan kepada prestasi khidmat BN di kawasan tersebut.

NONE Menteri wilayah pesekutuan dan kesejahteraan bandar itu memberi alasan, BN tetap berkhidmat kepada masyarakat termasuk di kawasan yang dipimpin mereka di kawasan parlimen tersebut, walau apa jua isu yang timbul.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa keberkesanan khidmat itu hanya akan dapat dilihat dalam pilihan raya.

"Hanya dalam pilihan raya kita boleh tengok sekiranya mereka benar-benar sokong," katanya ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya lanjut sama ada peletakan jawatan Shahrizat akan memberi kesan kepada pengundi di kawasan Lembah Pantai yang dipimpin mereka, Raja Nong Chik berkata ia bukan hanya melibatkan kawasan berkenaan.

"Ia melibatkan semua kawasan, bukan sahaja Lembah Pantai. (Pengundi) janganlah buat keputusan berdasarkan satu kesilapan saja.

shahrizat jalil jatuh bangun 110312 "Buatlah keputusan berdasarkan 10 atau 20 perkara baik yang telah dilakukan oleh BN," katanya lagi.

Shahrizat merupakan ketua wanita Umno Kepong sebelum bertanding dalam pilihan raya 1995 di kawasan Lembah Pantai dan mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya 1999.

Kerusi parlimen berkenaan bagaimanapun dirampas oleh Nurul Izzah Anwar daripada PKR pada pilihan raya 2008.

Raja Nong Chik berkata, peletakan jawatan oleh bekas MP kawasan itu  tidak memberi apa-apa kesan kerana pengundi akan memilih berdasarkan khidmat yang ditunjukkan.

Beliau memberi contoh dirinya sendiri akan dinilai oleh pengundi berdasarkan khidmat yang diberikannya, sekiranya diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang.

"Katakanlah saya jadi calon, tapi saya tidak pasti jika saya jadi calon atau tidak, tapi katakanlah saya jadi calon...

"Jika orang Lembah Pantai fikir saya buat kerja dengan baik, mereka akan undi tanpa mengira apa isunya.

"Tapi jika saya tidak buat kerja yang cukup baik, walaupun tidak ada isu, mereka tidak undi saya kerana pengundi hari ini mahukan khidmat," katanya.

NONE Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatannya dari kabinet ekoran dakwaan demi dakwaan yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga ketua wanita Umno itu.

Shahrizat mengumumkan bahawa beliau akan berundur daripada jawatan menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan.

Sementara itu, timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pula berkata, tindakan Shahrizat itu menunjukkan sikap seorang pemimpin yang ikhlas.

Kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan beliau manakala syarikat NFC itu pula merupakan syarikat milik suaminya, kata Noh.

Tetapi Shahrizat tetap bertindak demikian demi untuk mengelakkan kerajaan terlibat dalam "isu hangat," kata Noh.

Satu pengorbanan

"Inilah beza dengan pembangkang. Mereka telah didakwa di mahkamah tapi tidak mahu letak jawatan," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu lagi ketika ditemui.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin Sementara itu, naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Shahrizat sebagai satu pengorbanan.

"Saya tengok bukan satu keputusan mudah untuk dilakukan dan lebih lagi bila kita tahu siasatan dalam konteks undang-undang masih dijalankan dan setahu saya tak ada kaitan langsung dengan Shahrizat.

"Tapi dimensi isu ini tersebar luas kepada dimensi moral, politik dan peribadi.

"Bermakna keputusan Datuk Seri shahrizat bukan saja satu pengorbanan tapi saya percaya beliau telah ambil kira keempat-empat dimensi tadi untuk buat keputusan," katanya.

Tambahnya, beliau juga akan terus menyokong Shahrizat "tanpa berbelah bagi."

ADS