Persatuan minta elaun 6,000 bilal dinaikkan
Diterbitkan: Mar 15, 2012 6:05 PM | Dikemas kini: Mar 15, 2012 6:08 PM
Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Malaysia (GPPKMM) mahu elaun kepada lebih 6,000 bilal di seluruh negara dinaikkan.
Setiausaha Agungnya, Mohd Yusoff Daud berkata elaun RM200 hingga RM600 yang mereka terima sekarang adalah amat kecil berbanding dengan khidmat mereka.
"Apa yang diperjuangkan GPPKMM ialah elaun bilal perlu dinaikkan sekurang-kurangnya di atas garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata khidmat bilal kepada masyarakat dilihat semakin penting.
Mohd Yusoff berkata elaun pegawai dan kakitangan masjid juga perlu diseragamkan.
- Bernama

