Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri arah pantau saluran TV internet Al-Arqam
Diterbitkan:  Mar 19, 2012 5:22 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau perjalanan saluran televisyen Internet Al-Arqam dikenali TVRSA.

NONE Beliau berkata, TVRSA perlu diberi perhatian serius kerana bimbang ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan berkembang semula.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga giat memantau saluran televisyen Internet berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati menyebarkan ajaran sesat kumpulan itu, katanya.

"Semua termasuk daripada pihak RTM dan stesen televisyen lain, termasuk Jakim akan sentiasa melihat perkembangan ini sebab ia bukan sahaja beroperasi dalam negara tapi juga di luar negara.

"Jika tidak dikekang, takut-takut fahaman itu akan berjalan semula dalam bentuk saluran tv Internet. Sebab itu, kita mahukan perhatian tinggi daripada MAIWP, Jakim dan SKMM," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS