Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selain kumpulan mahasiswa, sebuah NGO tempatan pula  mengancam berdemonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu menarik balik pinjaman enam penuntut universiti kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu.

umno supreme council special meeting 260809 ahmad said Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohd Fauzi Abu Samah berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada bulan depan sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ( kiri ) berdegil dan tidak menarik balik keputusan itu atau masih belum dapat bertindak menyelesaikannya.

“Sebulan itu tempoh yang munasabah (untuk bertindak). Ahmad Said kena ingat, menarik balik hukuman itu tidak menjatuhkan kredibilitinya sebagai menteri besar,” katanya.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam tidak menolak kemungkinan berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Terengganu yang mengambil tindakan itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan mahasiswa ketika menjawab surat tunjuk sebabnya.

Semua mahasiwa terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan bagaimanapun boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Mohd Fauzi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk bergabung dengan kumpulan lain, termasuk mahasiswa yang turut tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

MB anti 'orang agama'?

Mengulas hukuman itu, beliau mempersoalkan kenapa mahasiswa universiti di Mesir sahaja dikenakan tindakan itu sedangkan ramai lagi penuntut menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.

“Adakah Ahmad Said anti 'orang agama'?” soalnya lagi yang sedang menjejaki identiti keenam-enam mahasiswa berkenaan.

bersih rally petaling street 090711 Mesir yang antaranya menempatkan Universiti Al-Azhar – universiti tertua dan paling popular dalam pengajian agama di seluruh dunia Islam.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan enam mahasiswa berkenaan menuntut di institut pengajian tinggi yang mana.

Mohd Fauzi berkata, tindakan kerajaan Terengganu juga tidak wajar kerana walaupun benar kumpulan itu menyokong pembangkang, wang bantuan pinjaman itu wang rakyat pembayar cukai dan “bukan wang Umno”.

MAMPAT antara badan yang aktif memperjuangkan isu-isu setempat dan mencuri perhatian sebelum ini apabila giat memperjuangkan royalti minyak negeri dikembalikan kepada rakyat Terengganu sejak 2009.

ADS