Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan menjawab dakwaan terdapat campur tangan politik dalam kes Felda - yang dirujuk ke mahkamah - di parlimen dalam masa terdekat.

NONE "Saya akan jawab bila (sesi) menjawab (di parlimen) pada 26 haribulan (Mac) nanti," katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu pada masa itu.

Dalam persidangan parlimen sesi ini, menteri akan mula menggulung soalan yang dikemukakan anggota parlimen mulai 26 Mac (Isnin) depan.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno diminta mengulas dakwaan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ( bawah ) semalam yang mendakwa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes membabitkan Felda.

NONE Dakwaan itu dibuat berasaskan perenggan dalam minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Ayat kontroversi itu antaranya: "Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak ( oil extraction rate ‘OER'), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

'Pembangkang jahat'

Bercakap dalam sidang di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad juga membidas pembangkang yang bermati-matian mahu menggagalkan usaha untuk menyenaraikan saham Felda di Bursa Malaysia.

NONE Katanya, serangan pembangkang dibuat untuk mengasak penguasaan BN di seluruh kawasan Felda yang tercangkup dalam 54 kawasan parlimen atau 25 peratus kerusi di Dewan Rakyat.

"Mereka tidak mahu peneroka untung. Kalau peneroka untuk, mereka rugi. Mereka ini kira jahatlah," katanya lagi.

ADS