Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan BERSIH 2.0 soal Hisham, IGP - 24 April

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan memutuskan pada 24 April sama ada untuk membenarkan peguam yang mewakili BERSIH 2.0 untuk menyoal  balas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

NONE Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mengharamkan BERSIH 2.0, telah mendakwa pertubuhan gabungan beberapa NGO itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.

BERSIH 2.0 juga mahu menteri berkesaan dan Tan Sri Ismail Omar untuk menghasilkan 1700 laporan polis yang dibuat terhadap mereka.

Hakim Datuk Rohana Yusuf telah menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH  2.0 manakala peguam kanan persekutuan mewakili Hishamuddin dan Ismail.

Peguam kanan Tommy Thomas, bersama-sama dengan K Shanmuga, Fahri Azzat, Aston Paiva dan Ambiga turut hadir.

NONE Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden.

Dalam permohonan yang difailkan oleh BERSIH 2.0 adalah untuk semakan kehakiman bagi mencabar perintah Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai 2011 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

Pada 8 Julai 2011, jawatankuasa berkenaan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah itu.

[Baca berita penuh]

ADS